Laluan Anda Sekarang : Home
    Friday, 21 November 2008
Main Menu
Home
Berita SKSU
Mengenai SKSU
Takwim SKSU
Sudut Karya
Pautan
Hubungi Kami
Buku Tamu
Galeri Gambar
Forum
Administrator
Login Email SKSU
Guru Besar SKSU

PN ROHANI SHAMSUDIN

PN ROHANI SHAMSUDIN

Login Form
Username

Password

Remember me
Password Reminder
No account yet? Create one
Sections
Ruangan Chat
Gambar Rawak

Pebarisan Rumah Biru 2005
Who's Online
We have 8 guests online
Selamat Datang Ke Sekolah Kebangsaan Senai Utama
KOD ETIKA UNTUK PENGGUNA INTERNET
Written by Administrator   
Thursday, 13 November 2008
net_watch.gif

KUALA TERENGGANU: Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan Multimedia akan memperkenalkan satu kod etika untuk pengguna Internet selewat-lewatnya akhir tahun ini sebagai garis panduan kepada penggunanya.

Timbalan menterinya Datuk Chan Kong Choy berkata kod itu akan menjadi panduan kepada pengguna Internet untuk mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika menggunakan Internet.

Last Updated ( Thursday, 13 November 2008 )
Read more...
Amalan terbaik untuk keselamatan PC
Written by ahmadbani   
Thursday, 13 November 2008

Amalan terbaik untuk keselamatan PC

Jika bersandarkan risiko yang dijelaskan tadi, maka langkah keselamatan berikut masih relevan diamalkan.

* Pasang penampal Setiap kali sistem operasi (OS) terbaru (seperti Windows) dikeluarkan, ini tidak bermakna ia sempurna atau kebal seratus peratus. Lazimnya masih ada kelemahan atau pepijat ditemui selepas OS tersebut dilancarkan. Apabila kelemahan itu dipulihkan, pembuatnya akan mengeluarkan penampal (patch) untuk mengemaskini OS berkenaan. Tanpa penampal ini OS mungkin terdedah kepada aktiviti penggodaman dan ancaman lain.

* Gunakan firewall Perisian atau peranti firewall berfungsi untuk mengawal akses keluar dan masuk PC menerusi internet. Ia boleh menyekat akses tertentu dan mengizinkan data yang baik sahaja melepasinya. Penggunaannya sangat disarankan setiap kali anda menggunakan internet, lebih-lebih lagi jika menggunakan versi Windows yang tidak ditampal/dilindungi. Ia boleh dijangkiti virus dalam tempoh yang singkat apabila mengakses internet.

* Gunakan antivirus Peranan antivirus masih penting untuk melindungi sistem daripada jangkitan virus yang senang merebak melalui internet dan e-mel. Sekurang-kurangnya gunakan antivirus yang menawarkan ciri asas termasuklah yang boleh dimiliki secara percuma. Selepas pemasangan, pastikan ia dikonfigurasi manakala ketetapannya diperiksa selalu. Buat pengimbasan menyeluruh dan ia perlu dikemaskini setidak-tidaknya sekali seminggu.

* Pasang anti-spyware Bagi menangani spyware, adware, dan program jahat lain (malware) anda boleh menggunakan mana-mana pakej antispyware yang efektif. Anda juga boleh menggunakan gabungan beberapa perisian percuma untuk melindungi sistem. Spybot Search & Destroy dan MWAV contohnya mudah digunakan dan memiliki ciri ciri menarik. Microsoft AntiSpyware yang disediakan untuk melengkapi Windows juga boleh digunakan.

* Kenalpasti penipuan Tipu muslihat boleh memperdayakan seseorang supaya menyerahkan data sulit seperti kata laluan atau data bernilai yang patut dijaga. Muslihat seperti ini pernah berlaku dan kerap dikaitkan dengan penyangak siber. Bagi menangani ancaman ini anda diingatkan supaya tidak menyerahkan data sulit apabila diminta, samada melalui e-mel atau telefon. Alasannya sangat jelas - mereka tidak dikenali dan mahu memperdayakan anda!

* Kata laluan kukuh Anda disarankan supaya melindungi sistem dengan kata laluan yang selamat. Gunakan sekurang-kurangnya 8 aksara supaya sukar dipecahkan program pemecah kata laluan. Penggunaan perkataan dalam kamus tidak digalakkan kerana senang dipecahkan. Kalau boleh, gantikan huruf dengan nombor atau simbol, seperti a menjadi @. Anda juga boleh menggunakan frasa tertentu yang disingkatkan untuk dijadikan kata laluan.

* Teknologi enkripsi Satu lagi langkah keselamatan ialah penggunaan teknik enkripsi. Perlu diingat, sesetengah kata laluan yang digunakan bagi melindungi aplikasi hanya disorok dan tidak dienkripsi. Ada kemungkinan ia boleh ditemui menggunakan aplikasi tertentu. Jadi, anda disyorkan menggunakan perisian seperti TrueCrypt atau perisian lebih baik untuk mencipta pemacu maya (dienkripsi) sekali gus melindungi fail rahsia dengan lebih efektif.

* Penyimpanan data Jangan lupa, simpanan (backup) data adalah langkah proaktif sebelum sistem anda terjejas akibat serangan virus. Amalkan rutin penyimpanan yang sistematik untuk memastikan anda sentiasa mempunyai data yang selamat biarpun PC digodam, dicuri atau hilang. Jika simpanan melibatkan data penting, ia boleh dilindungi dengan kata laluan atau dienkripsi. Siapa tahu, simpanan itu mungkin dicuri atau jatuh ke tangan orang lain

Last Updated ( Thursday, 13 November 2008 )
Kursus Menjawab Matematik Kertas 2 (ibu bapa)
Written by ahmadbani   
Monday, 05 May 2008
Bengkel pendendahan Menjawab Matematik Kertas 2 untuk ibu bapa murid-murid tahun 6 telah diadakan pada hari Sabtu 3 Mei 2008. Seramai 100 orang ibu bapa telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel ini memberi pendedahan kepada ibu bapa, cara menjawab soalan kertas 2 dan diharap dapat membantu anak-anak mereka dirumah untuk membuat latih tubi.
Kursus Motivasi Tahun 6
Written by ahmadbani   
Friday, 11 April 2008

 

 Kursus motivasi Tahun 6 SK. Senai Utama telah diadakan pada 8 & 9 April 2008. Kursus ini diadakan di Savana Hill Golf Resort . Semua murid tahun 6 menghadiri kursus ini. Kursus ini bertujuan untuk memotivasikan murid-murid agar menyedari betapa pentingnya pelajaran untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan September nanti.

Last Updated ( Friday, 11 April 2008 )
Papan Kenyataan
Pengumuman Kepada Ahli Web -

(Notice For All Registered Members)


Berikutan pegemaskinian sistem, pihak pentadbir mendapati terdapat sebahagian ahli luar telah mendaftar di web ini, dan kebanyakkannya merupakan pengguna negara luar yang mendaftar atas tujuan suka-suka dan menyebabkan kelambakan pengguna "anynomous". Oleh itu, pihak pentadbir terpaksa membuang sebahagian pengguna. Justeru, sekiranya terdapat kesulitan yang dihadapi pengguna yang telah pun mendaftar, sila daftar sekali lagi. Maaf di atas kesulitan. Terima Kasih.

During upgrading our system, administrator had found few registered members were claimed as "anynomous members" and caused overloaded spam users. Therefore, administrator was enforced to delete those members. If you are already registered member and were facing any dificulties, please register again. Our administrator will doing a patrol for this website' good. Thank You.

 




Waktu Semasa
Events Calendar
November 2008
M T W T F S S
27282930311 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
This month
Bancian
Patutkah guru berkongsi tandas dengan murid
  
Adakah Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris berjaya
  
Johorschool.Net

 

Waktu Solat

 

Latest News
iklan
an1077.gif
 

Hakcipta terpelihara © 2003 - 2008.
Sekolah Kebangsaan Senai Utama, Jalan Senai Utama,
Taman Senai Utama, 81400, Senai, Johor. Tel: 07-5989322.
Powered by Ethnicnet